Seorang Ketua Pengarah Eksekutif atau CEO syarikat teknologi menjadi bualan ramai selepas video tular di internet memaparkan dirinya bersama seorang wanita di konsert Coldplay baru-baru ini.
Rakaman yang tular sejak semalam itu memaparkan Andy Byron, CEO Astromer dilihat sedang enak memeluk erat wanita yang uga merupakan Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikatnya, Kristin Cabot.
Bagaimanapun, apabila menyedari aksi mereka dipaparkan di Jumbotron, kedua-dua terkejut dan Byron terus melepaskan pelukannya dan Cabot pula menekup mukanya dengan tangan.
Byron pula kemudian dilihat terus mencangkung dan mencuba untuk menyorok daripada kamera sementara Cabot terus melarikan diri ke arah belakang.
Difahamkan kejadian itu berlaku semasa konsert Coldplay di Boston pada malam Rabu dan ketika aksi mereka terpampang di skrin, vokalis Chris Martin berseloroh,
Oh, apa… sama ada mereka menjalin hubungan sulit atau mereka hanya sangat pemalu.
Coldplay’s Chris Martin accidentally exposes astronomer CEO Andy Byron having an affair with his HR chief Kristin Cabot. pic.twitter.com/GMa2g0EiK3
— Pop Crave (@PopCrave) July 17, 2025
Astronomer, sebuah platform pengurusan data yang berpangkalan di New York City sejak 2023 dan Cabot telah menyertai syarikat itu sembilan bulan yang lalu.
Selepas video itu tular di media sosial. Byron telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan membuat permohonan maaf kepada isteri dan anak-anaknya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post CEO Kantoi Curang Dengan Ketua HR Syarikat, Syok Peluk Erat Di Konsert Coldplay – “Beribu Orang Jadi Saksi…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments