Pelakon Intan Najuwa meluahkan rasa geram terhadap individu yang mempertikaikan tona warna kulitnya ketika dia hadir ke sebuah acara baru-baru ini.
Menerusi Threads, Intan berkata dia ternampak komen seorang individu di video liputan acara dihadirinya yang menegur kulitnya ‘gelap’.
Eh macam nak cili mulut dia eh. Salah ke kalau gelap
Kita hari hari teman suami main polo kat padang. Panas tau
Aktres itu juga memaklumkan sejak dari dulu lagi dia bukan wanita berkulit putih sebaliknya dari kecil Intan memiliki tona warna kulit sawo matang.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu juga menegur netizen untuk berhenti menghakimi orang lain berdasarkan warna kulit mereka.
And saya memang bukan wanita yang berkulit putih. Dari kecik memang sawo matang.
View on Threads
Hantaran itu menerima ratusan respon daripada netizen di mana ada yang memahami perasaannya dan turut mengkritik ‘makcik bawang’ yang memberikan komen tersebut.
Namun, segelintir berpendapat mungkin individu yang komen tersebut hanya bertanya sahaja dan bukan dengan nada sinis atau mengumpat.
Saya tak rasa dia kecam, cuma dia pelik kenapa kulit you gelap.
The post “Eh Macam Nak Cili Mulut Dia, Stop La Judge Kulit Orang” – Intan Najuwa Geram ‘Makcik Bawang’ Tegur Kulit Gelap first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments