Setelah 18 tahun tidak membuat persembahan di Malaysia, kumpulan rock popular My Chemical Romance (MCR) akhirnya bakal kembali menemui peminat tempatan tahun hadapan.
Konsert yang dinanti-nantikan itu dijadualkan berlangsung pada 30 April 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur.
Kumpulan muzik dari New Jersey, Amerika Syarikat ini memilih Malaysia sebagai salah satu destinasi dalam Jelajah Asia Tenggara 2026 mereka.
Beberapa negara jiran turut tersenarai dalam siri jelajah tersebut termasuk Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia.
Sebelum ini, laman sosial dipenuhi dengan rasa teruja dan pelbagai spekulasi daripada pengguna apabila tular beberapa rakaman paparan iklan yang dikaitkan dengan MCR.
Beberapa iklan tersebut dilihat mengandungi “ayat yang mengandungi tajuk-tajuk lagu kumpulan muzik itu”, seolah-olah memberi petanda akan kedatangan mereka ke Malaysia.
Akhirnya, pada hari ini, MCR menerusi laman Instagram rasminya mengumumkan kedatangannya ke Malaysia menjawab persoalan ramai peminat di sini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Kembali Ke Malaysia Setelah 18 Tahun, My Chemical Romance Gegarkan Bukit Jalil 30 April Nanti first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments