Fuhh, cuaca sekarang ni memang panas terik kan? Tengah bersiap nak pergi kerja pun boleh berpeluh, apatah lagi keluar berjalan nanti.
Tahu tak, sebenarnya index UV Malaysia sekarang ni meningkat dan pernah mencecah tahap 11, iaitu tahap yang paling ekstrem. Uish, patutlah kebelakangan ni panas semacam, dengan cuaca macam ni memang wajib pakai sunscreen!
Cakap pasal sunscreen atau pelindung cahaya matahari ni merupakan salah satu rutin penjagaan kulit yang sangat penting bagi melindungi kulit daripada sinaran matahari. Tapi, kenapa ia penting dan perlu dipakai setiap hari?
Sebenarnya, kita ni senang terdedah dengan sinaran UV berbahaya tau. Walaupun terlindung di dalam bangunan atau kereta, sinaran bahaya ini tetap boleh tembus menerusi cermin.
Kalau anda nak tahu, selain sunburn, kesan tak menggunakan sunscreen secara harian ni boleh menjadi agak serius dan berpanjangan kepada kulit dan kesihatan secara menyeluruh.
Kalau anda nak tahu apakah antara kesan tak menggunakan sunscreen, jom kami kongsikan.
1. Selaran Matahari
Kesan yang paling ramai orang pernah kena, dan kami yakin ramai juga yang mengambil ringan dengan kesan ini iaitu selaran matahari(sunburn).
Selaran matahari ini boleh menyebabkan kerosakan berpanjangan dan risiko kesihatan jangka panjang tau.
Walaupun anda berada di tempat yang teduh atau tak berjemur di bawah sinaran matahari secara langsung, anda tidak akan dapat kesan yang serius, namun, anda tak boleh memandang rendah kesan yang boleh ada pada sinaran matahari pada kulit walaupun bersembunyi di bawah payung, di dalam kereta, atau pun di dalam rumah.
2. Penuaan Pramatang
Salah satu kesan tak menggunakan sunscreen secara harian adalah penuaan pramatang, di mana kulit kita akan mengalami kedutan, garisan, jeragat serta bintik, disebabkan oleh terlalu kerap terdedah kepada sinaran matahari.
3. Kanser Kulit
Lebih berbahaya, ia akan meningkatkan risiko kanser kulit, sebab sinar UV boleh merosakkan DNA sel kulit, menyebabkan pertumbuhan sel yang tak normal. Jadi, tunggu apa lagi, lebih baik anda bertindak sekarang sebelum terlambat!
Pemilihan sunscreen pun sangat penting, mengikut jenis kulit. Tapi, jangan risau, ada satu jenama ni sesuai untuk semua jenis kulit, paling penting mudah diserap dan ringan pada kulit!
Siap Ada Kelulusan Dermatologi, NIVEA Derma UV Adalah Pilihan Sunscreen Yang Terbaik!
Ya, betul! NIVEA Derma UV Sunscreen adalah pilihan pelindung matahari yang terbaik sebab bukan saja ia menerima kelulusan dermatologi, malah ia juga hadir dengan SPF tertinggi iaitu SPF50, yang boleh digunakan untuk muka dan badan. Bagusnya!
Terdapat dua pilihan sunscreen iaitu Derma UV Invisible Fluid dan Blemish Control, di mana kedua-duanya dihasilkan untuk jenis kulit yang berbeza.
Untuk Derma UV Invisible Fluid, ia sesuai digunakan untuk jenis kulit normal dan kering, manakala Blemish Control pula sesuai untuk jenis kulit berminyak dan berjerawat, sebab ia mengandungi Anti-Blemish Complex.
Siapa yang tak tahu, Anti-Blemish Complex ini mempunyai pelbagai fungsi seperti mengawal minyak berlebihan, mengelakkan pertumbuhan jerawat, mengurangkan kemerahan dan keradangan, serta memperbaiki tekstur kulit. Menarikkan?
Jadi, sebab itulah kami kata NIVEA Derma UV sunscreen ini adalah pilihan terbaik! Banyak manfaat ditawarkan untuk kulit anda tau!
Bukan itu saja, sunscreen ini memang CHAMPION sangat sebab melalui tinjaun, 95% wanita yang telah menggunakan sunscreen ini bersetuju ia mempunyai tekstur yang sangat ringan dan mudah untuk meresap ke dalam kulit tau. Bestnya!
Selain itu, sunscreen ini juga menawarkan perlindungan yang tahan lama serta tekstur tidak berminyak, jadi sesuai sangat untuk lapisan di bawah solekan.
Menariknya, ia mengandungi Licochalcone A untuk memberikan perlindungan antioksidan, niacinamide untuk meratakan tona kulit, mesra lautan (Ocean Respect), serta bebas daripada penapis UV Octinoxate, Oxybenzone, Octocrylene dan bebas mikroplastik.
Haa, memandangkan cuaca Malaysia tengah panas terik, NIVEA Derma UV adalah produk penjagaan kulit yang penting dan terbaik sebab ia mampu melindungi kulit di bawah terik matahari, serta memberikan kesan matte selama 8 jam untuk penampilan tidak berminyak tau.
Haa, dah banyak kami kongsikan tentang kelebihan sunscreen ini, jadi tunggu apa lagi? Jom lindungi kulit dengan lebih optimum dengan menggunakan NIVEA Derma UV Sunscreen sekarang!
Untuk maklumat lebih lanjut tentang sunscreen ini, layari laman web rasmi NIVEA, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.
The post Bila Malaysia Panas Terik, NIVEA Derma UV Ni Jadi ‘Lifesaver’ Untuk Ramai Orang Sebab Ringan Gila first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments