Penyanyi dan pelakon, Elliza Razak memohon agar dirinya tidak lagi dikaitkan dengan isu hutang yang didakwa dilakukan oleh bekas suaminya.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Elliza atau nama penuhnya Elliza Abdul Razak menegaskan bahawa dia kini tidak mempunyai sebarang hubungan dengan lelaki berkenaan selepas mereka disahkan bercerai.
Saya sudah bercerai dan saya tak ada kena mengena lagi dengan bekas suami saya. Saya sendiri pun tak tahu dia tinggal di mana sekarang.
Tolong jangan cari saya lagi. Saya tak tahu apa-apa tentang hutang dia.
Dalam pada itu, Elliza mengakui dia tertekan dan terganggu apabila kerap menerima mesej daripada individu yang didakwa sedang mencari bekas suaminya untuk menagih hutang.
Haritu saya terima banyak mesej daripada orang yang mencarinya lagi. Nada mesej pun dah macam Ahlong menuntut hutang. Ya Allah tolonglah jangan ganggu ketenteraman saya.
Penyanyi itu turut mendakwa bekas suaminya itu juga culas membayar nafkah anak-anak.
Hutang saya pun dia buat b*doh je. Nafkah anak pun tak bagi selama empat bulan dah.
Jelas Elliza, tujuan dia memuat naik hantaran tersebut bukanlah untuk meraih simpati tetapi sebagai satu usaha untuk melindungi dirinya dan anak-anak daripada terus diganggu.
Sebelum ini, Elliza mendedahkan perkahwinannya yang terbina sejak 2011 hingga tahun lalu menyaksikan dirinya berdepan dengan pelbagai tekanan emosi, termasuklah menjadi mangsa keganasan rumah tangga dengan bekas suami.
The post Elliza Razak Dedah 4 Bulan Anak Tak Terima Nafkah, Dakwa Diganggu Gara-Gara Hutang Bekas Suami – “Tolong Jangan Cari Saya..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments