#Hiburan: Darah Haid Dicalit Di Tandas Awam, Siap Pakej Bau ‘Hanyir’ – “Memang Wujud Orang Pengotor Macam Ni”

Insiden menjijikkan yang tular baru-baru ini melibatkan dakwaan darah haid sengaja dicalit pada dinding tandas awam di sebuah pusat beli-belah di Seremban telah mencetuskan perhatian ramai.

Seorang wanita dikenali sebagai Alyn berkongsi foto di laman Threads, memaparkan keadaan tandas yang didakwa sangat kotor dan tidak menyenangkan.

Advertisement

Foto tersebut menunjukkan beberapa kesan calitan merah di dinding tandas wanita yang dipercayai darah haid.

darah haid

Alyn berkata dia hanya menyedari keadaan itu selepas menggunakan tandas tersebut.

Masa masuk tak perasan dekat dinding tapi dalam mangkuk jamban itu ada darah. Dah cuci nak keluar itu baru perasan (kesan di dinding) tapi memang bau hanyir la.

Perkongsian tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, dengan ramai meluahkan rasa marah dan jijik terhadap individu yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Bagaimanapun, ada juga pengguna lain yang tampil dengan pandangan berbeza, berpendapat mungkin kesan tersebut adalah daripada kosmetik atau bahan pewarna.

Namun begitu, Alyn menegaskan bahawa ia bukan dari produk kecantikan kerana bau yang sangat kuat dan hanyir, ciri yang sinonim dengan darah haid.

Darah haid

Perbuatan ini menimbulkan kebimbangan mengenai tahap kesedaran terhadap kebersihan awam, terutama sekali dalam kalangan pengguna tandas.

Tambahan pula, darah haid adalah cecair biologi yang perlu diuruskan dengan baik bagi mengelakkan risiko penyebaran jangkitan.

Orang ramai berharap pihak pengurusan pusat beli-belah terlibat segera mengambil langkah pembersihan dan memperketat pemantauan kebersihan di fasiliti awam mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fara salleh petik nama rossa sera isu kifarah
19 hours ago

"Kau Pun Kahwin Dengan Suami Orang Anak 3" - Fara Salleh Berang Dikaitkan Dengan Kifarah Oleh Netizen, 'Petik' Nama Rossa Sera Pula

The post Darah Haid Dicalit Di Tandas Awam, Siap Pakej Bau ‘Hanyir’ – “Memang Wujud Orang Pengotor Macam Ni” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments