#Hiburan: Rupa Boy Iman Disamakan Dengan Jefri Nichol, Imbau Kenangan Zaman Muda – “Saya Pernah Dapat Hadiah Baju Dalam Dari Peminat”

Pelakon Boy Iman tampil memberi respon setelah wajahnya dikatakan mirip pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol.

Boy ketika ditemui media berkata, dia pada awalnya tidak lihat persamaan tersebut namun merasakan ia benar setelah melihat satu hantaran Instagram Jefri yang tular.

Advertisement

Masa mula saya tengok tu, saya rasa tak berapa sama. Tapi ada sekali tu, saya tengok hantaran yang Jefri kongsikan di Instagram ketika dia berada di tandas. Saya rasa macam ada persamaan sikit, ada nampak macam saya di zaman muda ketika kurus.

Dia dalam pada itu turut berkongsi zaman kegemilangannya di saat membintangi beberapa naskah filem ketika era 2000-an.

Zaman dahulu sangat berbeza. Saya pernah dapat beribu pucuk surat, hadiah, teddy bear dan paling teruk saya pernah dapat bra peminat. Saya sangat terkejut.

Boy juga mengulas lanjut mengenai dakwaan wajahnya mirip pelakon terkenal namun memilih untuk bersikap rendah diri.

Saya tak rasa saya macam dia. Saya tak nak riak dan takbur. Saya ada baca macam macam komen. Bukan saya nak riak kerana ini semua pinjaman Allah. Cuma saya rasa saya tak sama dengan dia. Bagi saya dia lagi kacak, saya pula ketika di usia muda berbadan kurus, dia pula berbeza.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

maia ahmad dhani kompilasi video fitnah
59 mins ago

(VIDEO) Ahmad Dhani Selongkar Temu Bual Lama Maia Estianty Burukkan Mulan Jameela, Anggap Bekas Isteri Pemfitnah Dan Tak 'Move On'

The post Rupa Boy Iman Disamakan Dengan Jefri Nichol, Imbau Kenangan Zaman Muda – “Saya Pernah Dapat Hadiah Baju Dalam Dari Peminat” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments