#Hiburan: Netizen ‘Sakit Mata’ Tengok Teaser Drama Yusuf Bahrin & Nelydia Senrose – “Tetap Maksiat Pegang Macam Tu..”

Melalui platform TikTok, tular satu video memaparkan lakonan Yusuf Bahrin dan Nelydia Senrose yang membuatkan netizen kurang senang melihat kemesraan kedua-dua selebriti itu.

Berpegang & berpeluk dalam drama

Dalam video tersebut, ia memaparkan ‘teaser’ drama terbaru mereka yang berjudul Seindah Hujan Cinta dan dapat dilihat kedua-duanya mesra berpeluk serta bersentuhan.

Advertisement

Yusuf bahrin nelydia senrose

Hal itu membuatkan netizen kurang senang, lagi-lagi Nelydia dan Yusuf sudah pun mempunyai pasangan sendiri di luar drama.

Meninjau di ruangan komen, warganet rata-ratanya meluahkan rasa kecewa kerana merasakan aksi yang dipaparkan melampaui batas, lagi-lagi bila Nelydia menyandang gelaran ‘hajah’.

Yusuf bahrin nelydia senrose

“Tetap bermaksiat walaupun pegang macam tu”

Dalam pada masa yang sama, netizen turut kecewa dengan Yusuf kerana sebelum ini dia dikenali sebagai pelakon yang menolak adegan bersentuhan dengan aktres apabial berlakon.

Komen

Sekadar info, Nelydia Senrose sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi pada tahun 2019, manakal Yusuf Bahrin pula berkahwin dengan penyanyi, Zizi Kirana pada tahun 2021.

Yusuf bahrin jawab soalan isu pergolakan rumah tangga dengan zizi kirana
2025-07-15 14:22:47

"Saya Pun Tak Tahu Nak Cakap Macam Mana.." - Yusuf Bahrin Bersuara Isu Rumah Tangga Bergolak Dengan Zizi Kirana

The post Netizen ‘Sakit Mata’ Tengok Teaser Drama Yusuf Bahrin & Nelydia Senrose – “Tetap Maksiat Pegang Macam Tu..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments