Melalui platform TikTok, bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil membalas teguran yang diberikan oleh seorang jurulatih kecergasan, Tareq Fit mengenai saiz badan anaknya yang dianggap membimbangkan.
‘Tugas Abang Aji menghiburkan orang..’
Dapat dilihat melalui hantaran video berkenaan, bapa Abang Aji iaitu Mohd Redzuan Zainol berkata video yang dihasilkan di platform media sosial itu hanyalah sekadar konten.
Video yang dia makan itu hanya konten, diedit dan tak betul pun. Jangan percaya kepada video itu. Abang Aji itu berlakon dan tugasnya menghiburkan orang, kalau yang tak terhibur itu tak perlu tengok. Agak-agaklah ‘warga asing’ itu pun.
Dalam pada masa yang sama, Redzuan menegaskan bahawa sebagai seorang bapa, dia menjalankan tanggungjawab untuk mengawal serta menjaga pemakanan Abang Aji.
@wan.belida.1 Sekian ulasan hari ini #bangaji ♬ bunyi asal – wan belida 1
Bapa Abang Aji nafi tak jaga cara pemakanan anak
Makanan-makanan yang Abang Aji makan sihat dan dia makan tak banyak pun.
Katanya lagi, dia menafikan cara pemakanan Abang Aji seperti orang dewasa tetapi saiz badannya seperti itu kerana dia masih banyak bergantung kepada pengambilan susu.
Makanan proses dia tak makan, gula-gula dan ais krim pun kadang-kadang sahaja. Dia hanya makan sehari hanya dua kali sahaja. Badannya begitu adalah kerana susu, kalau dia berhenti minum susu, dia akan kurus.
The post “Agak-Agaklah ‘Warga Asing’ Tu Pun.. Badan Abang Aji Begitu Kerana Susu” – Bapa Abang Aji Nafi Tak Jaga Pemakanan Anak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments