#Hiburan: “Tiada Sebarang Kenyataan Dikeluarkan Oleh Fazura” – Pengurus Mohon Henti Buat Spekulasi Krisis Rumah Tangga Fazura & Fattah

Boleh dikatakan selepas tular berita mengenai memfailkan cerai terhadap suami, Fattah Amin, pelakon Fazura tidak ada mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.

Melalui kenyataan daripada pengurusnya, Iman Tang, Fazura turut menegaskan pihak pengurusnya termasuk peguam dilantik tidak pernah mendedahkan butiran permohonan cerai atau tarikh prosiding seperti yang ditularkan, semalam.

Advertisement

Susulan itu, Iman menggesa semua pihak untuk berhenti daripada membuat sebarang spekulasi mengenai krisis rumah tangga Fazura serta Fattah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Pihak pengurusan berharap agar tiada pihak membuat sebarang kenyataan berbentuk andaian sendiri bagi mengelakkan pelbagai spekulasi.

Sebelum ini, media melaporkan Fazura telah memfailkan penceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, jumaat minggu lalu.

fazura fail cerai
23 hours ago

Tarikh Sebutan Permohonan Cerai Belum Ditetapkan, Fazura Mahu Dilepaskan Cara Baik

The post “Tiada Sebarang Kenyataan Dikeluarkan Oleh Fazura” – Pengurus Mohon Henti Buat Spekulasi Krisis Rumah Tangga Fazura & Fattah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments