#Hiburan: [Kes Rumah Amal Global Ikhwan] “Kanak-Kanak Diajar Cara Meliwat Rakan Sendiri, Turut Diliwat Penjaga” – KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan modus operandi yang dilakukan 20 rumah amal kendalian Global Ikhwan Service dan Business Holding (GISBH) termasuklah mengajar kanak-kanak untuk meliwat, dipaksa meliwat kanak-kanak yang lain dan turut diliwat penjaga mereka sendiri.

Malah, kanak-kanak yang tidak sihat juga tidak dibenarkan mendapatkan rawatan di klinik kecuali sudah kritikan selain digunakan untuk menagih simpati  bagi mendapatkan sumbangan dengan menggunakan sentimen agama.

Advertisement

Ini daripada risikan dan percakapan yang kita rakam dari awalnya.

Mereka juga menggunakan objek yang dipanaskan bagi mencederakan mangsa sebagai tanda hukuman atas kesilapan yang dilakukan.

Selain itu, mereka turut menyentuh tubuh mangsa dengan alasan melakukan rawatan secara perubatan Islam.

Beberapa kertas siasatan telah dibuka iaitu kesalahan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (792), Akta Antipemerdagangan Orang danAntipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan undang-undang lain yang sedang berkuatkuasa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

penderaan oleh rumah kebajikan GISB
4 days ago

Diliwat & Dipaksa Meliwat, Dibakar Tangan, Cabut Rumput & Macam-Macam Lagi! Penderaan Di Rumah Kebajikan Naungan Syarikat GISB Terbongkar

 

The post [Kes Rumah Amal Global Ikhwan] “Kanak-Kanak Diajar Cara Meliwat Rakan Sendiri, Turut Diliwat Penjaga” – KPN first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments