#Hiburan: Pilih Jurusan Sains Matematik, Kanak-Kanak 12 Tahun Cipta Sejarah Jadi Pelajar Termuda Universiti Malaya!

Seorang kanak-kanak mencipta sejarah apabila mendaftar masuk ke Universiti Malaya pada usia 12 tahun dan menjadi pelajar termuda di institusi pengajian itu sejak ditubuhkan pada 1962.

Menerusi perkongsian di Fatimah Binti Kari di Facebook, kanak-kanak bernama Iz Emir itu telah mendaftar dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik.

Advertisement

Universiti Malaya

Mengagumkan, ketika baru berusia enam tahun, Iz Emir pernah menuntut di Kolej Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk belajar subjek Tingkatan Satu.

Pada usia enam tahun, belajar subjek tingkatan satu UKM, menyambung pengajian O-Level pada usia lapan tahun dan pengajian A-Level pada usia 11 tahun.

pelajar termuda UM

Berita itu mendapat perhatian ramai yang berasa kagum dengan kepintaran dan pencapaian Iz Emir pada usia sebegitu.

Bagaimanapun, terdapat juga sesetengah warga maya yang tidak bersetuju Iz Emir didaftar masuk ke universiti kerana terlalu awal bagi usianya.

Disebabkan itu, Fatimah telah mengehadkan hantaran yang dikongsi tersebut kepada beberapa pengguna sahaja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pelajar malaysia juara dunia pertandingan Adobe
2 months ago

Izzul Zafran, Pelajar Malaysia Dinobat Juara Dunia Pertandingan Adobe Certified Professional World Championship 2024

The post Pilih Jurusan Sains Matematik, Kanak-Kanak 12 Tahun Cipta Sejarah Jadi Pelajar Termuda Universiti Malaya! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments