#Hiburan: 21 Hari Dalam Penjara, Da’i Syed Dilepaskan Sementara Oleh Mahkamah Tinggi

Pendakwah Selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

Ianya selepas permohonan yang dilakukan oleh peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da’i Syed untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sehingga rayuan didengar dan diputuskan telah dibenarkan oleh Hakim.

Advertisement
dai syedSumber : HAFIZ SOHAIMI  

Sesi pendengaran permohonan penggantungan pelaksanaan itu dibuat mengikut Seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah membenarkan permohonan tersebut dengan beberapa syarat yang tidak didedahkan butirannya.

peguam dai syed

Syed Iqmal sebelum ini meringkuk dalam penjara selama 21 hari selepas dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita pada 5 tahun lepas.

3 weeks ago

“Zina Bukan Rogol. Tak Adil Hanya Lelaki Dihukum. Dai Syed Memang Bernasib Malang” - Asiah Abd Jalil

The post 21 Hari Dalam Penjara, Da’i Syed Dilepaskan Sementara Oleh Mahkamah Tinggi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments