#Hiburan: Instagram Jihan ‘Diserang’ Netizen, Minta Jadi Pengacara Lebih Profesional – “Buat Lawak Perli Orang Lain Ni Zaman 20 Tahun Lepaslah…”

Ruang komen di hantaran Instagram hos Jihan Muse ‘diserang’ oleh ramai netizen yang mengkritiknya gara-gara isu tular di mana dia membuat lawak dengan memerli pengacara lain.

Kata netizen, Jihan sepatutnya sudah tidak lagi membuat lawak dengan ‘modal’ memerli orang lain.

Advertisement

Dalam pada itu, peminat Elly Mazlein pula sempat berpesan kepada Jihan untuk tidak ‘mencari pasal’ dengan pengacara kegemaran mereka itu.

jihan muse

komen netizen

komen netizen

Segelintir individu turut menegur Jihan kerana didakwa tidak profesional tatkala bekerja menjadi pengacara program hiburan.

Malah ada yang berpendapat ‘membahan’ orang lain dan menjadikan orang lain sebagai bahan jenaka sudah lapuk.

komen netizen komen netizen

Terdahulu, hantaran Elly Mazlein di Instagram story mencuri perhatian selepas dia meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang menjadikannya sebagai bahan jenaka.

Menerusi siaran langsung progran The Chosen One, Jihan yang mengacara ketika itu berkata kepada rakan pengacara, Haziq bahawa ‘ada seorang sahaja pengacara versi perempuan’ yang akan menari dan membuat gaya sepertinya di atas pentas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

elly mazlein
9 months ago

"Dunia Seni Kita Tak Besar Mana Pun Untuk Jadi Toksik. Sampai Bila Nak Sindir Menyindir?" - Elly Mazlein

The post Instagram Jihan ‘Diserang’ Netizen, Minta Jadi Pengacara Lebih Profesional – “Buat Lawak Perli Orang Lain Ni Zaman 20 Tahun Lepaslah…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments