Pemilik premis perniagaan yang bernaung di bawah Global Ikhwan Service & Business Holding (GISBH) di Perlis mengakui sedikit terkesan berikutan pendedahan skandal dan kes penyelewengan yang melanda syarikat itu.
Lapor Berita Harian, premis seperti Bakeri Ikhwan, Dobi Ikhwan dan Kafe Ikhwan masih meneruskan operasi namun tidak mendapat pulangan pelanggan seperti kebiasaannya.
Hasil tinjauan juga mendapati Ikhwan Mart ditutup namun tidak dapat dipastikan sama ada ia untuk sementara waktu ataupun operasinya memang ditutup pada hari Jumaat.
Menemui seorang pemilik premis kafe Ikhwan, perniagaannya mula menjadi lesu setelah isu yang diperkatakan menjadi tular.
Ya, sudah ramai pelanggan tetap kita tidak lagi datang ke kedai kami walaupun kami masih meneruskan perniagaan.
Saya akui agak terkesan oleh isu yang sedang melanda pada waktu ini.
Terdahulu, Ketua Polis Negara menerusi satu sidang media memaklumkan syarikat GISBH telah diserbu dan didapati melakukan penyelewengan terhadap rumah amal yang diselia, selain turut mendapati terdapat kes melibatkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan penghuni rumah amal tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Ya, Dah Ramai Pelanggan Tetap Tak Lagi Datang Ke Kedai Kami” – Pemilik Kafe Rangkaian Global Ikhwan (GISB) first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments