Masih kecoh diperkatakan ramai susulan pendakwah selebriti, Da’i Syed didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dan disebabkan itu, dia dikenakan hukuman penjara 10 tahun serta 3 sebatan.
Ganggu wanita lain ketika Hana sarat mengandung
Terbaru, seorang wanita muncul mendakwa dirinya pernah diganggu oleh Syed ketika isterinya, Hana Ismail sedang sarat mengandung.
Lebih mengejutkan, walaupun pendakwah selebriti itu sudah tahu wanita terbabit telah berkahwin dan mempunyai anak, dia tetap mahu mengajaknya berbual menerusi telefon.
Difahamkan, wanita tersebut mendedahkan perkara tersebut melalui laman Threads pada malam Sabtu.
Minta teman pergi ke luar negara
Dapat dilihat dalam perkongsiaan tersebut, wanita itu berkongsikan tangkap layar DM Syed untuk dirinya di platform Instagram.
Kata wanita itu, pada awalnya dia menyangkakan Syed menghubunginya bagi mendapatkan nasihat guaman, namun lama-kelamaan, perbuatan mereka bertukar ke arah lain apabila lelaki terbabit minta teman ke luar negara.
View this post on Instagram
Saya jenis bersangka baik tapi bukan bodoh. Bahkan memahami maksud tersirat atau petunjuk. Kasihan kepada isterinya, tak akan dia tidak tahu perangai suaminya macam ni.
Sekadar info, Da’i Syed dan Hana Ismail telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022. Pasangan itu baru saja mendapat cahaya mata sulung pada 14 Ogos lalu.
The post “Dia Tahu Saya Dah Kahwin Tapi Tetap Ajak Pergi Dubai” – Wanita Dedah Da’i Syed Ganggu Ketika Hana Sarat Hamil first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments