Sedia maklum, minggu lalu berita mengenai selebriti terkenal, Fazura memfailkan penceraian terhadap suami, Fattah Amin sememangnya mengejutkan ramai pihak dan susulan itu, aktres tersebut mahu dirinya dilepaskan cara baik.
Melalui dari laporan Utusan Online, perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 40, yang telah memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, minggu lalu.
View this post on Instagram
Permohonan yang dibuat oleh Fazura itu dilakukan atas Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atau bercerai cara baik.
Difahamkan, kini masih belum dapat dipastikan sama ada Fattah Amin sudah melantik peguam syarie atau belum bagi mewakili dirinya untuk permohonan cerai yang dibuat oleh isterinya.
Dalam pada itu, peguam syarie yang mewakili Fazura masih belum dapat mengeluarkan sebarang kenyataan kerana kini masih berada di luar negara.
The post Tarikh Sebutan Permohonan Cerai Belum Ditetapkan, Fazura Mahu Dilepaskan Cara Baik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments