Pelakon Janna Nick menerima mesej daripada seorang individu menerusi DM di Instagram yang meminta pertolongan dalam bentuk wang ringgit.
Menerusi Instagram story, Janna memaparkan mesej diterimanya daripada individu itu yang merayu memintanya wang sebanyak RM8,500 kerana sudah kantoi mencuri dan memerlukannya untuk membayar semula.
Tolong saya kak, saya kantoi mencuri. Saya memerlukan duit bayar balik tapi saya tiada duit. Saya harap sangat akak dapat bantu saya dalam RM8,500. Saya tiada sesiapa. Mereka nak hari ini juga.
Aktres berusia 29 tahun itu bagaimanapun tidak bersimpati dengan rayuan individu terbabit sebaliknya meminta agar dia bertaubat dan menyesal dengan perbuatannya itu.
Tambah Janna, tindakan jahat dibuat individu tersebut pasti akan mendapat balasan suatu hari nanti.
Orang penat kerja, menyimpan, dia senang je mencuri lepas itu kantoi. Minta orang lain bayar. Bertaubatlah dik. Hari ini kita curi, tipu orang, esok Allah balas berkali-kali ganda lebih teruk dari nilai yang kita curi tu, Maaf saya benci orang malas.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.
The post “Tolong Saya Kak, Saya Kantoi Mencuri, Perlu RM8,500” – Siapa Minta Duit Janna Nick? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments