#Hiburan: Tunjuk Bukti Hubungan Masih Baik, Dakwaan Pasangan Pempengaruh ‘Double A’ Bakal Cerai Tidak Benar? – “Alif & Aisyah Takde Cakap Apa Pun”

Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan bahawa pempengaruh Aisyah Hijanah telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Alif Teega.

Terbaru, menerusi komen di Instagram Alif seolah-olah memberikan bayangan bahawa dakwaan tersebut tidak benar sama sekali.

Advertisement

Menerusi hantaran di Instagram, Alif telah memuat naik videonya bersama Aisyah yang sedang gigih bekerja dan memberi gambaran bahawa hubungan mereka masih utuh.

Malah apabila ada yang memberi komen sinis berkaitan perceraian mereka hanyalah gimik, Alif persoal semula dimanakah netizen mendapat berita tersebut.

“Dapat dari mana cerita? Alif takde cakap (tentang cerai). Aisyah pun tak ada post apa-apa,” balas Alif kepada seorang individu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

Segelintir individu mengkritik pihak media namun rata-ratanya seperti sudah ‘fed up’ dengan kisah pasangan pempengaruh ini malah ada yang menyindir mereka gemar menjadi segala macam hal sebagai konten.

“Korang berdua ni memang suka sangat kan nama naik dalam media sosial? Nak glamour punya pasal sanggup buat cerita sensasi. Duduk dalam lokap tu dah sensasi, nak lagi sensasi buat cerita cerai lah pulak,” tegur seorang individu.

komen netizen di IG Alif Teega

Bagaimanapun, komen balas Alif terhadap dua individu di hantaran tersebut dilihat sudah pun dipadam.

Terdahulu, rumah tangga pasangan ini didakwa bergolak selepas Aisyah memaklumkan telah memfailkan perceraian terhadap Alif di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor.

Enggan berkongsi puncanya kerana terlalu peribadi namun Aisyah menafikan keputusannya adalah disebabkan pengaruh mana-mana pihak sebaliknya ia berlaku secara sendiri.

aisyah hijanah fail cerai
1 week ago

(TERKINI) "Dari Bulan Lepas Sebenarnya.." - Aisyah Hijanah Fail Cerai Terhadap Aliff Teega

 

The post Tunjuk Bukti Hubungan Masih Baik, Dakwaan Pasangan Pempengaruh ‘Double A’ Bakal Cerai Tidak Benar? – “Alif & Aisyah Takde Cakap Apa Pun” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments