#Hiburan: Mampu Beli Sendiri Bayar ‘Cash’ Tapi Wanita Ini Mahu Kekasih ‘Belanja’ iPhone 16 ‘Installment’ 3 Tahun – “Selfish Tak I?”

Model terbaru keluaran Apple iaitu iPhone 16 menjadi rebutan ramai sejak ia dilancarkan baru-baru ini di Malaysia.

Termasuklah seorang wanita tidak dikenali ini yang bertanyakan pendapat orang ramai namun sebaliknya menerima kecaman.

Advertisement

Menerusi Twitter, wanita itu bertanya adakah dia dikira selfish jika meminta teman lelaki membelikan iPhone 16 walhal dirinya mampu mendapatkan gajet tersebut secara tunai.

Selfish tak kalau kita mampu je bayar iPhone 16 baru tunai sebab tak ada komitmen sangat. Tapi masih nak kekasih yang belikan. Kekasih tak mampu bayar tunai dia mampu bulan bulan je. Tu pun sampai 36 bulan (ansuran).

iphone 16

Pertanyaan itu mengundang kritikan ramai warganet yang berpendapat wanita tersebut membebankan teman lelakinya sendiri. Malah ada yang berharap agar teman lelakinya menemui wanita lain yang lebih layak menjadi kekasihnya.

“Bang (teman lelaki) kalau kau baca ni, tolong jangan buat installment. 3 tahun tu macam macam boleh jadi. Ntah ntah kahwin dengan orang lain,” tulis seorang netizen.

Harga asas bagi iPhone 16 bermula RM3,999 dan sekiranya wanita tersebut mahu model itu teman lelakinya perlu membayar RM111 setiap bulan selama tempoh tiga tahun itu.

Namun, lelaki itu perlu membayar RM124 sebulan jika wanita tersebut memilih model yang berharga RM4,499 dan sekiranya dia mahukan iPhone dengan storan paling tinggi berharga RM5,499, jumlah bayaran bulanan selama 36 bulan adalah RM152.75.

2 months ago

Gaji RM2,000 Tapi Mahu Beli iPhone 15 Pro Max Bayar Ansuran Selama 5 Tahun - “Tak Mampu Buat Cara Tak Mampu”

The post Mampu Beli Sendiri Bayar ‘Cash’ Tapi Wanita Ini Mahu Kekasih ‘Belanja’ iPhone 16 ‘Installment’ 3 Tahun – “Selfish Tak I?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments