Difahamkan, salah seorang tahanan yang berkait rapat dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) mempunyai empat orang isteri dan 34 anak tetapi tidak tahu keberadaan 32 anaknya lagi.
Ada 34 anak tapi cuma kenal 2 saja
Kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, lelaki tersebut merupakan antara 156 suspek yang telah ditahan ketika pihak berkuasa menyerbu di lokasi milik GISBH semasa Ops Global pada 21 September lalu.
Hanya dua anak bersamanya dan dia tidak tahu di mana 32 anaknya yang lain. Siasatan menunjukkan bahawa ia perkara biasa dalam kalangan anggota kumpulan itu.
Tak mengaku anak sendiri, letak status ‘anak yatim’
Dalam pada itu, Razarudin berkata pihak polis mempercayai kesemua kanak-kanak yang diselamatkan merupakan anak ahli anggota GISBH.
Tambahannya lagi, siasatan polis mendapati kanak-kanak, terutama yang berusia bawah 12 tahun, tidak mengenali ibu bapa mereka walaupun ibu bapa mereka adalah ahli GISBH.
Ada juga ibu bapa kanak-kanak yang kita selamatkan turut ditahan polis. Mereka tidak mahu mengaku itu anak mereka. GISBH juga memaparkan di laman web mereka untuk sumbangan ‘anak yatim’ walhal itu anak ahli mereka.
The post “Bapa Ada 34 Anak Tapi Cuma Kenal 2 Saja, Kanak-Kanak GISBH Didoktrin Sebagai ‘Anak Yatim’..” – Ketua Polis Negara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments