Penyanyi dan komposer, Noh Salleh menerusi satu hantaran di media sosial ada berkongsi mengenai momen kehilangan anak sulungnya bersama isteri, Fathin Athira.
Difahamkan, bayi sulung Noh dan Fathin meninggal dunia di dalam kandungan ketika umurnya tujuh bulan.
Hari ini 22 September 2024 adalah genap tujuh bulan kami kehilangan anak di dalam kandungan.
Korang tak tau kan? Dalam struggle berjuang untuk Musa, kami juga struggle memastikan anak di dalam kandungan sihat, namun Tuhan jemput dia awal. Pasti segala ujian ini adalah untuk mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat atau erti kata lain upgrade diri sebagai suami isteri.
Dia dalam pada menzahirkan perasaan gembira dan bersyukur kerana ditemani teman dan ahli keluarga yang banyak membantu.
Beruntung kami dikelilingi orang-orang baik, teman-teman dan kaum keluarga yang tidak henti-henti memberi kekuatan, mendoakan serta menemani ke mana-mana, awal pagi teman pergi kubur ketika kami benar-benar tidak stabil mental dan emosi. You know who you are.
Noh juga berkongsi nama yang diberi kepada anak sulungnya iaitu Julian.
Sekadar info, Noh dan Athira selamat mendirikan rumah tangga pada 23 September 2023.
Ia adalah perkahwinan kedua Noh setelah vokalis kumpulan Hujan itu bercerai dengan Mizz Nina pada Ogos 2023. Pasangan itu turut mempunyai seorang anak angkat yang diberi nama Musa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Kami Namakan Anak Kami Julian..” – Noh Salleh Kongsi Momen Kehilangan Anak Sulung Dalam Kandungan 7 Bulan Lalu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments