#Hiburan: Kucing Terlalu Aktif Sampai Nak Terbang? Ketahui Apa Yang Membuatkan Si Comel Gembira!

Siapa yang bela kucing tu, kami yakin mesti anda pernah berada dalam situasi di mana si comel anda dah sampai tahap tak terkawal betul tak?

Macam yang anda tahu, kucing ni kan selalu sangat buat perkara-perkara yang random. Kadang-kadang berlari, menyorok, sampai ada yang terbang babe! Macam-macam kerenah!

Advertisement

Mesti anda terfikir, apalah yang membuatkan si comel jadi macam ni kan? Jawapannya adalah penghadaman yang sihat!

Pernah dengar tak slogan kata “Purr-ut Sihat, Si Comel Gembira”? Memang terbukti bahawa sistem penghadaman yang sihat memainkan peranan penting buat si comel anda.

Tapi, tak dinafikan, masih ramai lagi sebenarnya yang tak tahu tentang kepentingan makanan kucing untuk kesihatan sistem penghadaman.

Jadi, kalau anda nak tahu rahsia untuk sistem penghadaman yang sihat serta apakah kesilapan yang mungkin membuatkan si comel dan mempunyai masalah penghadaman, meh sini meh kami kongsi antara sebabnya.

1. Perubahan Rutin atau Makanan

Sebenarnya, perubahan rutin atau makanan kucing boleh mengakibatkan masalah penghadaman pada kucing.

Jikalau anda mengubah jenis makanan atau memperkenalkan makanan jenis lain, hal ini bukan saja mengakibatkan masalah penghadaman, malah ia akan menyebabkan si comel anda mengalami cirit birit atau muntah.

Jadi, sebab itulah pentingnya untuk anda tidak boleh kerap menukar variasi makanan kucing. Peralihan makanan perlulah dibuat secara beransur-ansur dengan mencampurkan makanan lama dan baharu untuk membantu memperkenalkan makanan baharu kepada kucing.

2.Cegah Masalah Penghadaman Elak Beri Kucing Makanan Manusia

Memberi kucing makanan manusia mungkin nampak biasa, tetapi ia sebenarnya boleh membawa risiko kesihatan. Banyak makanan manusia mengandungi garam, gula, rempah, dan bahan pengawet yang boleh merosakkan sistem pencernaan kucing.

Contohnya, bawang, coklat, dan susu boleh menyebabkan keracunan atau masalah kesihatan yang serius seperti muntah, cirit-birit, atau lebih teruk lagi, kerosakan organ dalaman.

Kucing juga memerlukan diet yang kaya dengan protein dan nutrisi khusus yang tidak selalu ada dalam makanan manusia. Memberi mereka makanan yang direka khas untuk kucing membantu memastikan mereka mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran, tenaga, dan kesihatan keseluruhan yang baik.

Jadi, walaupun kelihatan seperti kucing kita suka makanan kita, lebih baik pastikan mereka hanya makan makanan yang sesuai dengan keperluan mereka.

Dengan Sokongan Kajian Saintifik, ProDiet Hadir Dengan Teknologi ProCare™, Khusus Untuk Si Comel

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya! Untuk menjawab persoalan anda, mestilah ada! Anda hanya perlu beri mereka makanan yang lebih sihat yang terbukit secara saintifik!

Mesti anda macam… eh, ada ke makanan yang dikaji dan terbukti secara saintifik?

Siapa cakap tak ada! ProDiet adalah salah satu makanan kucing yang bukan saja bagus untuk sistem penghadaman si comel, malah hadir dengan formula Teknologi ProCare™ yang dipersetujui secara saintifik tau. Seriuslah?!

Tak percaya? Kalau anda nak tahu, formula Teknologi ProCare™ dalam ProDiet telah dikaji dan ditambah baik untuk membantu menyokong kesihatan usus si comel anda.

Dalam Teknologi ProCare™ ini, ia mengandungi PEPTIDE dengan saiz Molekul Asid Amino 30 kali ganda lebih kecil iaitu <6.5kDA>. Perut pun tak perlu ‘kerja’ kuat untuk proses makanan.

Di samping itu, hasil formula ini juga dapat meningkatkan lebih kurang 8.5% kadar pencernaan protein dalam sistem penghadaman si comel.

Hasilnya, ia boleh meminimumkan usus si comel daripada melakukan lebih banyak kerja agar ia dapat menghadam dan menyerap setiap kebaikan nutrien yang ada di dalam makanan.

Haa, dah tahu kebaikan ProDiet untuk ‘majikan’ anda, tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk dapatkan kibble ProDiet sekarang juga!

Berwajah Baru Dengan Formula Yang Dipertingkatkan, ProDiet Adalah Pilihan Terbaik Si Comel

Saja nak bagitahu, kalau anda dah plan nak dapatkan kibble ProDiet ni, pastikan anda tengok dulu pek bungkusan terlebih dahulu sebab mereka kini berwajah baru tau! OMG, dengan wajah si comel terpampang besar, lengkap dengan info nutrisi, auto rasa nak borong semua!

Bungkusan berwajah baharu ProDiet ini lengkap untuk semua pek makanan kering seperti Ocean Fish, Tuna, Mackerel, dan Gourmet Seafood.

Jadi, tunggu apa lagi, jom bagi ‘majikan’ kita makanan yang lebih sihat! Anda boleh dapatkan kibble ProDiet ini di Shopee.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi ProDiet atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

 

The post Kucing Terlalu Aktif Sampai Nak Terbang? Ketahui Apa Yang Membuatkan Si Comel Gembira! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments