Pempengaruh dan juga usahawan, Khairul Aming menerusi satu hantaran di Instagram ada berkongsi satu kenyataan penghargaan daripada Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon semalam.
Ia berikutan kunjungan Luxon dalam satu video memasak yang dianjurkan Khairul Aming yang turut mempromosikan keindahan New Zealand dalam ‘content’ terbarunya itu.
Dalam surat penghargaan tersebut, Luxon menzahirkan perasaan gembira di atas kelas masakan dan jua layanan sarapan makanan tempatan yang diberikan Khairul Aming serta krunya.
Satu keseronokan dapat bertemu dengan anda. Setelah menonton petikan perjalanan anda di New Zealand di Instagram, adalah hebat untuk mendengar refleksi anda secara langsung. Industri pelancongan New Zealand sememangnya menghargai usaha anda.
Terima kasih kerana meluangkan masa daripada jadual anda yang sibuk untuk mengajar saya cara membuat roti jala dan cendol, serta untuk menyajikan hidangan tempatan yang begitu lazat.
Luxon juga mengharapkan agar Khairul Aming dan pasukannya untuk terus maju dan mengharapkan yang terbaik buat mereka di masa hadapan.
Sehubungan itu, pengusaha Sambal Nyet itu turut memohon doa daripada netizen terutama pengikutnya agar dapat terus membuat kandungan media sosial yang boleh mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Perkongsian Khairul Aming itu telah menuai komen positif dan tahniah daripada netizen kerana kemampuannya menempa nama di peringkat antarabangsa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Terima Kasih Ajar Saya Buat Roti Jala & Cendol” – Khairul Aming Terima Surat Penghargaan Daripada Perdana Menteri New Zealand first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments