Pelakon Abby Abadi nampaknya begitu terkesan dengan kemelut rumah tangga pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura. Menerusi Instagram story, aktres berusia 46 tahun itu menasihati Fattah untuk mengambil cuti daripada kerjanya dan cuba selamatkan rumah tangganya.
Adik Fattah ambillah cuti sekejap dari shooting tu. Minta tolong dengan Allah untuk selamatkan hubungan dengan isteri awak tu. Duduk asing-asing, sibuk kerja…makin meretakkan dik.
Abby turut meminta maaf dan akui tidak berniat untuk masuk campur urusan rumah tangga mereka namun katanya dia sedih sekiranya pasangan tersebut berpisah.
Kata sayang, jangan biarkan hari-hari berlalu macam itu saja. Usaha lebih sikit. Pergi jumpa, pergi peluk! Abaikan bodyguard tu semua. Awak lebih berhak (ke atas isteri).
Dalam pada itu, Abby turut meminta Fazura untuk memberikan Fattah peluang sekiranya benar Fattah yang bersalah dalam konflik mereka.
Fazura, sanah helwah. Maaf tak niat nak campur tapi please. Kalau betul Fattah salah, bagilah peluang.
Menerusi Instagram story yang lain, Abby turut berkongsi video TikTok yang memaparkan saat bahagia Fattah dan Fazura serta memohon orang ramai mendoakan pasangan itu.
Tolonglah selamatkan kasih sayang ini ya Allah. Tolong semua doakan yang terbaik untuk pasangan ini. Tak tahu kenapa kita jadi sedih sangat kalau dorang berpisah. Dorang memang diciptakan bersama. Tak boleh cerai. Tak boleh!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Dorang Memang Diciptakan Bersama. Tak Boleh Cerai! Tak Boleh!” – Abby Abadi Sedih, Nasihat Fattah Amin Usaha Selamatkan Rumah Tangga first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments