Penyanyi, Shila Amzah memaklumkan bahawa suaminya, Ubai sedikit beremosi apabila dituduh melakukan kekerasan terhadap dirinya.
Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Hamzah berkata, Ubai berharap agar penyebaran berita palsu yang tersebar di media sosial itu dapat dihentikan dengan segera.
Saya macam, apa ni? Ubai kecewa bila orang tuduh dia. Dia patah seribu dan mengadu pada saya.
Dia tertekan bila baca banyak sangat artikel palsu mengenai dakwaan berkenaan kerana ia tidak berlaku.
Menurut Mstar, penyanyi itu berkata dia mendapat ilham untuk menyambung karya miliknya yang pernah tertunda dua tahun lalu selepas kejadian itu berlaku.
Malah suaminya turut serta menyiapkan lagu berkenaan sekali gus membantunya merawat trauma yang dihadapi.
Disebabkan perkara itu saya teringat ada lagu yang pernah saya tulis mengenai perkara ini dua tahun lepas tapi tak berjaya dihabiskan.
Ketika itu saya terlalu stres dan trauma buatkan tak mampu habiskan lagu tu.
Tapi disebabkan kes ini saya rasa boleh selesaikan lagu tu dan Ubai sudi bantu saya, jadi dia tuliskan lirik sekali.
Sebelum ini, penyanyi itu pernah bersuara mengenai isu keganasan rumah tangga yang menyebabkan salah faham dalam kalangan netizen berlaku sehingga menyebabkan suaminya turut terpalit dalam perkongsian berkenaan.
The post “Ubai Kecewa Orang Tuduh Dia…” – Shila Amzah Luah Suami Sedikit Emosi Dituduh Kasari Isteri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments