#Hiburan: “Saya Harap Semua Boleh Terima Penjelasan Saya” – Ifa Raziah Mohon Maaf, Tiada Niat Guris Hati Kaum Iban

Penyanyi dan pelakon, Ifa Raziah terpanggil untuk memberi penjelasan mengenai dakwaan dia memperlekeh kaum Iban menerusi sebuah komen di media sosial.

Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha berkata dia sangat terkejut apabila isu tersebut menjadi tular sejak tiga hari yang lalu.

Advertisement

Saya sangat terkejut. Saya ada komen dekat video Kelly Azman dan perkara tu berlaku enam minggu yang lepas. Saya tak sangka jadi viral tiga hari lepas dan waktu itu saya di Singapura.

ifa raziah

Saya tak tahu apa benda yang mereka tulis dan komen dekat video saya. Rupanya isu saya terkejut tengok video Kelly.

 

Saya dan Kelly sahabat baik. Bila kami bergurau, saya tak bermaksud apa-apa apatah lagi berniat nak body shaming, face shaming dan lain-lain. Pertama kali tengok video itu, saya nampak head gear yang berada di atas kepala. Sangat cantik!

Salah faham

Menurut OhBulan!, penyanyi itu turut berkata dia tidak pernah bercakap buruk atau melakukan perkara yang tidak baik terutamanya hal yang melibatkan isu perkauman.

Setahu saya orang Borneo orang yang paling cantik. Kawan saya ramai orang Sarawak dan Sabah. Mereka datang daripada pelbagai kelompok etnik. Takkan saya nak main sentimen perkauman.

 

Tak ada sedikit mengenai perkara itu terniat di hati saya. Maksud saya, Kelly pakai bunga-bunga atas kepala. Pandangan mata saya, orang semenanjung tak pakai macam itu. Kedua, bila Kelly menyanyi macam tak tentu arah. Itu maksud saya. Demi Allah, semua itu disalah ertikan.

Ifa Raziah mohon maaf

Kata Ifa, dia bersedia untuk melakukan sidang media dan membuat permohonan maaf secara umum.

ifa raziah

 

Untuk orang Borneo, Sabah, Sarawak dan orang Iban, demi Allah saya orang Islam. Saya tak ada niat langsung nak mengguris hati sesetengah perkauman terutama orang Iban. Saya susun sepuluh jari dan mohon maaf.

Pelakon itu turut berharap agar netizen dapat menghentikan isu ini daripada terus berlarutan.

Saya harap penjelasan yang saya buat ini dapat menyelesaikan isu yang berlaku. Saya tak ada niat, tak sengaja. Hanya gurauan antara saya dengan sahabat baik saya.

 

Orang mungkin salah faham. Bagi kami, ini perkara biasa. Kalau saya jahat, saya boleh berdiam peluk tubuh.

 

Tetapi saya tak buat benda yang salah macam itu. Itu sebab saya berani tampil beri penjelasan. Harap semua boleh terima penjelasan saya.

1 day ago

Ifa Raziah Dikritik Netizen Didakwa Perlekeh Kaum Iban - “Kalau Nak Popular Bukan Dengan Cara Macam Ni”

The post “Saya Harap Semua Boleh Terima Penjelasan Saya” – Ifa Raziah Mohon Maaf, Tiada Niat Guris Hati Kaum Iban first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments