Perkongsian seorang lelaki warga Malaysia yang bekerja di United Kingdom (UK) di TikTok meraih perhatian netizen selepas dia berkongsi tentang pendapatannya di sana.
Videonya dikongsikan semula oleh @gamispukak97 yang mendedahkan bahawa bekerja sebagai tukang batu terlatih di negara itu mampu mendapat pendapatan mencecah RM900 sehari.
Pendedahan itu membuatkan ramai teruja terutamanya mereka yang berpendapatan rendah di negara ini.
Sekiranya dia meraih RM900 sehari, lelaki itu menerima pendapatan berjumlah RM27,000 sebulan dan nilai itu sudah cukup buat ramai berasa seperti mahu berhijrah ke negara luar untuk mendapatkan peluang kerja yang lebih baik.
Menurut Kosmo, pekerjaan tukang batu di UK itu merupakan satu inisiatif yang dilakukan pihak Borneo Bricklayer Excellent Centre, Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu.
Melalui program Work To UK yang sedang berlangsung ketika ini, seramai lapan peserta ambilan tiga tahun 2024 terdiri daripada bekas pelajar IKMKK , alumni Giat Mara dan orang awam telah mengambil peluang menjalani latihan asas pemasangan bata selama sebulan.
Latihan tersebut merupakan persediaan kepada mereka sebelum mendapatkan tawaran bekerja di UK dengan gaji minimum RM900 sehari sebagai tukang batu profesional.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Gaji Boleh Cecah RM900 Sehari, Ramai Netizen Mahu Kerja Sebagai Tukang Batu Di UK Lepas Dapat Tahu Jumlah Pendapatan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments