Sedia maklum, usahawan dikenali ramai, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis lalu atas tuduhan pecah amanah duit pelaburan Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebanyak RM43.9 juta.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, pasangan ini telah mengakui tidak bersalah atas pertuduhan tersebut dan kes terbabit ditetapkan semula pada 22 Januari tahun hadapan.
Terbaru, setelah sekian lama mendiamkan diri, Vivy akhirnya bersuara dengan memuat naik satu hantaran di Instagram mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menyokongnya.
Kami diberitahu tuduhan terhadap kami membabitkan transaksi pada 2018. Kami tidak boleh bercakap tentang hal itu, tetapi kami akan memberi kerjasama dalam siasatan.
Dalam pada masa yang sama, Vivy turut berasa yakin bahawa keadilan akan berpihak kepada mereka serta berharap agar dapat hidup seperti biasa semula.
The post Lama Diamkan Diri, Vivy Yusof Akhirnya Bersuara – “Harap Nama Kami Dapat Dibersihkan, Kembali Hidup Normal” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments