Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa berang dengan sikap segelintir netizen yang menuduh suaminya, Ubai MZ sebagai seorang kaki pukul.
Sebelum ini, Shila ada berkongsi mengenai isu keganasan rumah tangga dan menyatakan simpati terhadap nasib bekas model, Zahnita yang mengalaminya.
Kata Shila, perkongsian itu tidak merujuk kepada suami, Ubai.
Kaki pukul tu BUKAN Ubai ya. Apa punya benak la eh tulis fitnah macam tu. Saya simpati dengan nasib yang menimpa Zahnita.
Siapa yang pernah melaluinya sahaja yang tahu peritnya. Tidak, saya tidak berkahwin dengan lelaki seperti itu. Jadi sekarang ni, saya mahu tutup kes saya.
Dalam pada itu, Shila juga mendoakan agar para wanita di luar sana yang berdepan dengan isu yang sama itu kekal kuat dan dapat keluar daripada cengkaman pemangsa mereka.
Mari la kita doakan sesiapa yang belum dapat keluar dari masalah keganasan rumah tangga atau apa-apa hubungan diberi kekuatan mental dan fizikal untuk cepat-cepat lari dari pemangsa mereka.
Kepada rakan dan keluarga, kalau tiba-tiba kawan/anak kita hilang, goes no contact, these are one of the sign. Please don’t leave them alone.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Kaki Pukul Tu Bukan Ubai, Apa Punya Benak….” – Shila Amzah Berang Dengan Fitnah Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments