#Hiburan: “Senyum Tanpa Niat Juga Diputar Belit..” – Aliff Aziz Mengakui Tiada Maksud Menyindir, Maafkan Pihak Yang Ambil Kesempatan

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz telah tampil meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang disangka mengambil peluang terhadap isu rumah tangganya yang sedang menjadi bualan ramai orang itu.

Tiada niat sindir

Berdasarkan hantaran yang dikongsikan di Instagram story miliknya, Aliff terlihat memuat naik semula sebuah artikel yang mendakwa dirinya tersenyum dengan menggunakan latar belakang lagu Since You Been Gone seperti ada maksud disebaliknya.

Advertisement

Senyum tanpa niat untuk menyindir sesiapa dalam isu yang sangat penting juga diputar belit agar menampakkan seperti saya sengaja mempermainkan isu yang sedang memberi impak besar dalam hidup saya dan keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ( ألف عزيز ) (@iamaliffaziz)

Ingin beri semangat pada diri sendiri

Namun begitu, penyanyi lagu Kalau Cinta ini memberitahu dirinya telah memaafkan pihak yang mengambil kesempatan terhadap situasinya itu. Menurutnya, hantaran sebelum ini hanyalah sebagai cara untuk memberi semangat pada diri sendiri di kala masalah yang menimpanya itu.

Saya maafkan semua yang mengambil kesempatan untuk keruhkan lagi keadaan. Saya hanya cuba untuk membuatkan diri saya berdiri semula dengan senyuman yang lama hilang.

 

Saya juga minta maaf sekiranya dengan senyuman ini membuatkan ramai gembira dengan memutar belitkan perkara yang tiada asasnya.

aliff aziz

Sebelum ini, Aliff Aziz telah ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies di sebuah kondominium. Selain itu, isterinya, Bella Astillah turut tampil mendedahkan Aliff telah berlaku curang berkali-kali termasuklah bersama adik iparnya sendiri, Eriqa Astillah.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aliff aziz
2 days ago

(VIDEO) Lama Menyepi, Aliff Aziz Kongsi Video Swafoto Sambil Kenyit Mata - "Since U Been Gone, I Can Breath For The First Time”

The post “Senyum Tanpa Niat Juga Diputar Belit..” – Aliff Aziz Mengakui Tiada Maksud Menyindir, Maafkan Pihak Yang Ambil Kesempatan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments