#Hiburan: Suami Zahnita Wilson Positif Dadah, Akan Didakwa Di Mahkamah Atas Pertuduhan Mendatangkan Kecederaan

Suami kepada pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery Ghouse yang telah direman dua hari yang lalu disahkan positif dadah.

Perkara itu telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu.

Advertisement

Menurut Mstar, Ketua Polis Daerah Kuantan itu turut berkata Abdul Zackery juga akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada pagi Khamis di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan atas pertuduhan mendatangkan kecederaan.

Suspek juga akan berdepan dengan pertuduhan tambahan berkaitan kes ujian air kencing didapati positif dadah.

Suami kepada pelakon itu telah direman selama tiga hari bermula Selasa hingga Khamis bagi membantu siasatan selepas Zahnita mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

suami zahnita direman tiga hari
2 days ago

Mahkamah Perintah Suami Zahnita Direman Selama Tiga Hari

The post Suami Zahnita Wilson Positif Dadah, Akan Didakwa Di Mahkamah Atas Pertuduhan Mendatangkan Kecederaan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments