Kewujudan vending machine atau mesin gedegang di mana-mana lokasi tumpuan sudah pasti memudahkan mereka yang ingin mendapatkan makanan dan minuman segera dan cepat.
Malah, bukan sahaja makanan ditawarkan di mesin gedegang, malah barangan seperti telekung, tudung, buku dan juga emas juga boleh didapati dengan mudah menerusi kemudahan vending machine ini!
Kini, sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan vending machine ini kerana caranya yang praktikal jika diberi penerangan serta panduan yang betul.
Vending Machine adalah sebuah perniagaan, jadi anda perlu daftar nama syarikat
Meskipun mesin gedegang ini tidak memerlukan kehadiran anda 24 jam, namun ia adalah tetap sebuah perniagaan dan memerlukan anda untuk mendaftarnya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Untuk enterprise, hanya memerlukan modal tidak kurang daripada RM100 untuk pendaftaran nama. Perlu diingatkan, letak nama syarikat yang bersesuaian dengan produk jualan anda di vending machine!
Dah daftar syarikat, anda memerlukan modal
Modal untuk sebuah vending machine adalah sekitar RM12,000 hingga RM18,000 malah ada yang boleh mencecah RM30,000 sebuah.
Biasiswa perniagaan yang boleh didapati di Malaysia seperti TEKUN dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan banyak lagi. Sesetengahnya tidak memerlukan anda untuk mempunyai gaji bulanan bagi mendapatkan pinjaman namun memerlukan plan bisnes yang kukuh bagi mendapatkan modal.
Atau, jika anda yakin perniagaan ‘vending machine’ ini dapat memacu ekonomi peribadi anda, boleh cuba ‘personal loan’ namun tidak digalakkan jika ia mengganggu ‘cash flow’ anda setiap bulan.
Ada juga syarikat pengurusan mesin gedegang yang menyediakan sistem bayaran secara ansuran, yang penting anda kena rajin buat ‘research’ dan tinjauan bagi mendapatkan info-info berkenaan penyewaan dan pembelian mesin ini.
Dah ada modal, cari syarikat yang menguruskan perniagaan ‘vending machine’
Okay next, anda perlu cari syarikat atau agensi yang menguruskan mesin gedegang bagi membolehkan anda rileks di rumah tapi dapat keuntungan dan duit tepi.
Kalau anda nak tahu, syarikat pengurusan ini menguruskan perkara-perkara seperti tapak operasi vending machine, ‘topup’ air minuman yang dah habis setiap hari/minggu/bulan misalnya, bayar sewa tapak kepada pemilik tapak, ‘recce’ tapak baru jika lokasi mesin kurang untung, servis mesin, membuat report pembelian dan menguruskan pembayaran untuk setiap bulan kepada pemilik vending machine iaitu anda.
Syarikat pengurusan ini selalunya mengambil upah berdasarkan ‘profit sharing’ di mana semakin banyak barang terjual, untung anda dapat dan syarikat pengurusan pun dapat. Nama pun ‘sharing’ kan?
Nak serius lagi, boleh buka akaun bank syarikat pula
Buka akaun bank untuk syarikat vending machine pun sebenarnya bagus juga, sebab boleh bezakan duit gaji bulanan dan juga duit untung vending. Barulah nampak macam serius sikit berniaga tu kan?
Semua dah lengkap? Tunggu saja panggilan daripada syarikat pengurusan vending machine ni setiap bulan dan kutip keuntungan anda!
Namun perlu diketahui, meskipun ia kelihatan mudah untuk dilakukan, namun ada juga sindiket ‘scam’ dan penipuan yang berkonsepkan ‘money game’ melibatkan vending machine ni tau! Jadi berhati-hati dan jangan sesekali terlibat dengan sindiket ‘scammer’ ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Ingin Memulakan Bisnes ‘Mesin Gedegang’? Ini Panduan Lengkap, Kos & Anggaran Keuntungan Yang Perlu Anda Tahu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments