#Hiburan: Selesa Bekerja Sebagai Pemandu E-Hailing, Netizen Kagum Usaha Danny X-Factor Sara Keluarga – “Ini Baru Betul ‘Provider’”

Pelakon, Danny X-Factor telah mengambil inisiatif untuk bekerja sebagai pemandu e-hailing kerana tidak mahu menjadi beban keluarga dan dia akui selesa dan lebih gembira.

Menurut Danny, dia mempunyai wang setiap hari untuk membayar bil apabila bekerja sebagai pemandu e-hailing.

Advertisement

danny sara keluarga

Saya rasa seronok dan berbaloi. Kalau kerja produksi, bayaran memang banyak. Sekali dapat bayaran, terus habis. Kalau buat Grab, hari-hari ada duit untuk bayar semua bil.

Ekoran itu, menerusi aplikasi Threads, seorang individu memuji usaha Danny untuk menyara keluarga meskipun suatu ketika dahulu dia kerap muncul di televisyen.

Dulu boleh nampak dia di TV hampir setiap minggu. Hari ini dia seorang pemandu Grab dan tiada apa yang salah dengan itu. Kita patut memuji usahanya untuk menyara keluarganya.

Individu tersebut turut menyifatkan Danny layak untuk dijadikan sebagai contoh kerana mencari cara untuk menyara keluarga dan tidak mengambil jalan mudah dengan menunggang agama untuk mendapatkan duit.

Bagi saya, usahanya lebih mulia daripada penunggang-penunggang agama di luar sana. Dia adalah seseorang yang boleh kita jadikan sebagai contoh.

 

View on Threads

 

fattah amin pilih bijak dari cantik
4 days ago

Fattah Amin Lebih Memilih Wanita Bijak Daripada Cantik, Gemar Makan Sambal Udang

The post Selesa Bekerja Sebagai Pemandu E-Hailing, Netizen Kagum Usaha Danny X-Factor Sara Keluarga – “Ini Baru Betul ‘Provider’” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments