Melalui laporan Sinar Harian, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan sebanyak RM43.9 juta dalam FashionValet.
Arahan tegas ini adalah sebagai memaknai pengumuman saya sebelum ini yang mengarahkan Jabatan Audit Negara (JAN) melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih baik.
Sebagai Pengerusi Khazanah, PM turut mahukan kes ini disiasat dengan adil tanpa mengira pangkat dan jawatan ataupun sama ada melibatkan syarikat kerajaan mahupun swasta.
Sebelum ini, dalam Dewan Rakyat pada Isnin, Kementerian Kewangan memaklumkan secara bertulis bahawa Khazanah dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah menerima sebanyak RM3.1 juta hasil daripada menjual saham dalam FashionValet.
Difahamkan pada tahun 2018, Khazanah dan PNB melabur sebanyak RM27 juta dan RM20 juta untuk pegangan majoriti masing-masing dalam FashionValet.
The post “Saya Telah Arahkan Khazanah Nasional Berhad Lakukan Audit Dalaman Bagi Siasat Kerugian RM43.9 Juta” – PMX first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments