#Hiburan: Difitnah Sudah Bernikah Dengan Zul Ariffin, Ruhainies Harap Netizen Jangan Mudah ‘Digula-Gulakan’ – “Saya Tahu Korang Bijak…”

Jika sebelum ini tular dakwaan palsu dia bakal bernikah dengan Aliff Aziz, kali ini pelakon Ruhainies didakwa sudah berkahwin dengan aktor, Zul Ariffin.

Menerusi Instagram story, Ruhainies memaparkan tangkap layar status dimuat naik oleh sebuah portal berkenaan berita palsu berkaitan dirinya.

Advertisement

“Terbongkar akhirnya! Zul Ariffin dan Ruhainies sebenarnya dah kahwin, ini ceritanya…!”

IG story Ruhainies

Aktres itu bagaimanapun menasihati netizen agar tidak tertipu dengan portal berita sebgeitu yang membuat fitnah untuk melariskan jualan mereka di media sosial.

Kepada netizen yang saya sayangi, jangan biar mereka-mereka yang tak bertanggungjawab ini gula-gulakan korang okay. Saya tahu korang lebih bijak.Terlalu banyak tajuk palsu dibuat, tekan tekan link Shopee. Harap berbahagialah dan semoga murah rezeki dan halal hasilnya.

Ruhainies

Ruhainies turut berkata dia tidak berasa marah dengan fitnah itu sebaliknya merasakan ia lucu dan terhibur.

aliff ruhainies
2 weeks ago

“Itu Fake News, Jangan Percaya” - Ruhainies Tepis Dakwaan Bakal Bernikah Dengan Aliff Aziz Hujung Oktober

The post Difitnah Sudah Bernikah Dengan Zul Ariffin, Ruhainies Harap Netizen Jangan Mudah ‘Digula-Gulakan’ – “Saya Tahu Korang Bijak…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments