#Hiburan: Farid Kamil Utus Surat Cinta, Diana Danielle Bakar – “Jika Dia Pilih Untuk Lengahkan Proses Cerai, Itu Adalah Zalim”

Pelakon Diana Danielle semalam memaklumkan bahawa surat cinta yang diutuskan suami, aktor Farid Kamil adalah satu perkara sia-sia dan tidak mempunyai tempat di hatinya.

Malah, aktres itu turut berkongsi video memaparkan dirinya membakar surat diutus Farid dan berharap agar aktor itu tidak memanjangkan proses perceraian mereka.

Advertisement

Diana danielle bakar surat

Surat-surat penipuan tidak mempunyai tempat di hati saya.

Jika dia memilih untuk melengahkan proses perceraian ini, itu adalah zalim. Saya telah menghabiskan setahun penuh berusaha untuk berdamai dan memperbaiki hubungan kami.

Jelas Diana, dia tidak mahu lagi menerima pujukan Farid dan enggan meneruskan perkahwinan itu kerana sudah lelah berada di bawah tanggungjawab Farid.

Saya tidak mahu dipujuk, dan saya tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Niat saya sangat jelas, dan satu-satunya yang saya mahukan sekarang adalah tidak lagi berada di bawah tanggungjawabnya. Tolong lepaskan saya.

Terdahulu, Diana pernah memfailkan perceraian kali pertama pada 10 Mac tahun lalu. Tidak sampai sebulan bercerai, kedua-duanya dilaporkan rujuk semula.

Awal bulan November, Diana memberitahu dia memfailkan perceraian sekali lagi terhadap aktor tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

diana danielle
7 days ago

"Takkan Explain, Rujuk Is Not For Everyone" - Diana Danielle Sekali Lagi Fail Cerai Terhadap Farid Kamil?

The post Farid Kamil Utus Surat Cinta, Diana Danielle Bakar – “Jika Dia Pilih Untuk Lengahkan Proses Cerai, Itu Adalah Zalim” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments