Terdahulu, penyanyi kumpulan nasyid Sabyan iaitu Nissa pernah dicop sebagai penyondol kerana didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang yang juga merupakan salah seorang anggota kumpulan itu, Ayus.
Terkini, hubungan anggota kumpulan itu sudah terjawab selepas mereka dikhabarkan sudah sah bergelar suami isteri.
Nissa atau nama lengkapnya Khoirunnisa dan Ayus atau Ahmad Fairus telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2024 yang lalu.
Menurut Kompas, perkara itu disahkan oleh Drs. H. Ahmad Sumroni iaitu Ketua Pejabat Urusan Agama di Kecamatan Pondok Gede.
Rasmi sah secara negara, undang-undang perkahwinan dan rasmi di hadapan Allah SWT, kata Ahmad Sumroni.
Majlis pernikahan itu telah berlangsung secara sederhana dengan menyaksikan Nissa menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin dan wang bernilai RM56.
Selain itu kami kongsikan pautan artikel yang menarik di bawah.
The post Pernah Kena ‘Label’ Sebagai Penyondol, Rupanya Nissa Sabyan & Ayus Dah Bernikah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments