Difahamkan, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap kerugian pelaburan sebanyak RM43.9 juta yang perlu ditanggung oleh Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad dalam FashionValet (FV).
Melalui laporan New Straits Times, Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Tan Sri Azam Baki memaklumkan pelaburan FashionValet itu melibatkan dana awam dan merupakan kepentingan awam.
Jadi siasatan perlu (dilakukan) sama ada terdapat unsur-unsur jenayah atau tidak atau hal-hal lain berkaitan isu tatakelola.
Sebelum ini, Kementerian Kewangan memberikan jawapan bertulis mengenai kerugian berjuta ringgit yang dilaburkan oleh Khazanah dan PNB terhadap FashionValet.
Tampil bersuara mengenai hal ini, usahawan, Vivy Yusof dan suami, Fadza Anuar selaku pengasas FashionValet menyatakan bahawa diri mereka bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan yang dihadapi.
Kedua-dua memberitahu telah meninggalkan perniagaan dengan melepaskan jawatan bagi mengelak syarikat tersebut terjejas.
The post Libatkan Dana Awam, SPRM Lancarkan Siasatan Kerugian Pelaburan RM43.9 Juta Khazanah & PNB Dalam FashionValet first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments