#Hiburan: Walaupun Cedera Langgar Dahan Pokok Ketika Berbasikal, Syed Saddiq Teruskan Ironman Malaysia Hingga Penamat!

Meskipun tercedera, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetap meneruskan ketiga-tiga disiplin dalam acara di kejohanan Ironman Malaysia dalam kesakitan.

Syed Saddiq menghabiskan berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal sejauh 180km serta larian sejauh 42.2km dan sekaligus berjaya menamatkan penyertaan sulungnya di kejohanan itu dalam tempoh lebih 13 jam.

Advertisement

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengalami kecederaan akibat terlanggar dahan pokok tumbang ketika berbasikal dan berkata ketika itu dia berfikir adakah kejadian tersebut akan menjadi penamat buat dirinya dalam kejohanan tersebut sebelum beliau nekad untuk terus bangun meneruskan baki disiplin berbasikal dan larian.

Sebelum kejadian, hujan lebat berserta ribut telah menyebabkan pokok berkenaan tumbang dan menghalang keseluruhan laluan jalan raya. Masa itu, saya sedang lakukan disiplin berbasikal dan ada seorang atlet di sebelah kanan saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Pada masa sama, ada kereta yang lalu di situ, jadi takkan saya hendak tolak atlet berkenaan. Masa itu juga laluan menurun dan kelajuan dalam 30 kilometer per jam, jadi memang tidak dapat buat apa-apa.

Mak saya tidak didik saya untuk berputus asa, semasa larian itu memang sakit sangat… bila jatuh dari basikal, tangan lebam dan perut kejang manakala kaki kanan sakit akibat impak terlanggar pokok, jadi memang sukar hendak kekalkan momentum.

syed saddiq tamat ironman

Tambahnya, dalam fikirannya ketika itu hanya mahu habiskan kejohanan itu sahaja meskipun sudah hilang kira-kira 30 minit akibat kejadian itu.

Namun, Syed Saddiq berkata tetap bersyukur kerana tidak ada tulang yang patah sebaliknya hanya lebam dan berdarah.

Katanya lagi, walaupun kejadian ini berlaku dalam penyertaan sulungnya, namun dia tetap bersemangat dan akan menyertai Ironman Malaysia lagi pada tahun hadapan.

syed saddiq didakwa menipu dalam acara triathlon
3 months ago

"Saya Mohon Maaf" - Didakwa Menipu Dalam Perlumbaan Triathlon, Syed Saddiq Tampil Beri Penjelasan

The post Walaupun Cedera Langgar Dahan Pokok Ketika Berbasikal, Syed Saddiq Teruskan Ironman Malaysia Hingga Penamat! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments