Pelakon, Abby Abadi telah mencuri perhatian warganet sekali lagi apabila masih belum ‘move on’ dengan penceraian pelakon popular Fazura dan bekas suaminya, Fattah Amin.
Menerusi akaun Instagramnya, Abby terus mendoakan agar keajaiban akan berlaku dalam rumah tangga pasangan selebriti itu.
Terus mendoakan semoga ada keajaiban.
Abby telah memberikan padangannya ketika menjawab persoalan netizen menerusi aplikasi sesi soal jawab.
Pelakon itu akui bahawa dia masih mengambil tahu perihal pasangan tersebut sekaligus menitipkan pesanan agar Fattah dan Fazura tidak menyalahkan takdir.
Masih sibuk hal orang. Berbaiklah. Kesian Fatima.
Janganlah menyalahkan takdir kalau sendiri pun tak ada usaha.
Selagi belum habis idah, masih mengharapkan keajaiban. Kesian Fatima hidup bersama Mummy dan Daddynya dengan hidup secara berasingan. Lain. Beri kesan pada anak.
Sekadar perkongsian, Abby Abadi merupakan antara selebriti yang masih tidak berputus asa mendoakan agar Fattah dan Fazura kembali bersama.
The post “Semoga Ada Keajaiban” – Abby Abadi Akui Belum ‘Move On’ Dengan Penceraian Fazura Dan Fattah Amin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments