#Hiburan: 10 Perkara Perlu Tahu Sebelum Ke Singapura, No. 5 Paling Penting

Sudah lama merancang nak travel ke Singapura? Sampai bila planning dalam group Whatsapp tapi masih tak kesampaian? Apa lagi, book tiket flight dan hotel dan ayuh teroka Kota Singa!

Ini 10 perkara korang kena tahu sebelum realisasikan trip Singapura dengan kawan-kawan atau keluarga.

Advertisement

Isi kad ketibaan ke Singapura

Singapore arrival card

Wajib tahu untuk kelancaran ketika ketibaan di Singapura. Semua pelancong wajib mengisi kad ketibaan Singapura (SGAC) dalam masa 3 hari sebelum tarikh ketibaan.

Contohnya korang sampai pada hari Ahad, kad ini perlu diisi pada hari Jumaat. Kami cadangkan gunakan je aplikasi MyICA. Senang, tersedia dalam phone je.

Dapatkan kad EZ-Link

ez link card singapore

Kalau di Malaysia kita ada kad Touch n’ Go, di sana ada kad EZ-Link. Boleh gunakan kad ini untuk naik bas atau MRT. Cuma perlu tap bila masuk dan sebelum turun.

Nak top up pun senang je, cuma perlu ke mesin di stesen MRT dan boleh top up menggunakan wang tunai. 

Nak bergerak? Naik bas atau MRT!

sg bus

Sangat, sangat efisien! Tak perlu risau menunggu bas lama! Paling efisien, jimat masa dan jimat duit. Nak ke mana-mana pun boleh guna bas atau MRT.

Laluan MRT pun tidaklah terlalu kompleks untuk difahami. Kalau ada yang tak pasti, boleh tanyakan pada staf stesen atau orang tempatan, memang tak ada masalah punya.

Gunakan Google Maps

Nak berjalan atau nak tahu masa ketibaan bas? Cuma masukkan lokasi tujuan dan dalam beberapa saat, semua info tersedia.

Contohnya dari hotel nak ke Masjid Sultan, masukkan lokasi terkini dan Google Maps akan berikan jangkaan masa berjalan atau masa ketibaan bas berikutnya. Sangat boleh dipercayai.

Pilih baju dan kasut yang selesa

Siap sedia untuk banyak berjalan. Kalau hari biasa korang berjalan tak sampai 10,000 langkah, di sana, jangkakan untuk berjalan sehingga 20,000 langkah sehari.

Untuk itu, sediakan kasut yang selesa dan pakai pakaian menyerap peluh untuk keselesaan ketika travel.

Mesra pejalan kaki

singapore pedestrian walk

Tak perlu risau kalau perlu banyak berjalan kerana majoriti laluan memang mesra pejalan kaki. Ada yang berbumbung dan mempunyai pohon untuk suasana redup.

Jadi walaupun perlu banyak berjalan, tak terasa sangat jauh pun. Masih pada tahap boleh diterima.

Pilih hotel untuk keselesaan, jimat masa

Sebelum buat tempahan hotel, bukan sahaja penting untuk tengok review hotel itu sendiri, tapi juga lokasinya.

Paling mudah, semestinya pilih hotel yang terletak berhampiran stesen MRT dan bas. Ini akan menjimatkan masa dan tenaga untuk bergerak ke sesuatu lokasi.

Bawa bidet portable untuk keselesaan

Untuk Muslim, penting untuk bersuci sebelum beribadah, untuk keselesaan dan keyakinan, bawa bersama portable bidet kerana tidak semua tandas di sana mempunyai salur paip air.

Surau senang didapati

surau in singapore

Contohnya di kawasan tarikan pelancong seperti di Sentosa Island, terdapat surau untuk lelaki dan wanita. Lokasinya pun senang untuk ditemui. Bersih dan selesa untuk menunaikan kewajipan.

Kalau di Lapangan Terbang Changi pula, surau didapati selepas melalui imigresen, berhampiran 7 Eleven dan International Food Hall.

Bawa botol air 

water dispenser singapore

Bagi mengelak dehidrasi dalam cuaca panas, jangan lupa untuk bawa botol air. Di sana akan ada stesen untuk korang minum terus air atau isi air. Mesin ini boleh didapati di kawasan awam, boleh tanya staf jika korang tidak menjumpainya.

Jadi tak perlu risau mencari 7 Eleven untuk dapatkan air mineral kerana ada air percuma untuk membasahkan tekak.

Untuk lebih banyak info menarik dan lokasi-lokasi mesti lawat di Singapura, jangan lupa follow Instagram @visit_singapore.

The post 10 Perkara Perlu Tahu Sebelum Ke Singapura, No. 5 Paling Penting first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments