Melalui laporan mStar, selepas pelakon, Amir Ahnaf terpalit dengan kontroversi dengan seorang wanita sebelum ini, dirinya lebih banyak meluangkan masa di rumah sekiranya tidak ada sebarang urusan membabitkan kerjayanya.
Banyak habiskan masa di rumah
Menurut Amir atau nama sebenar, Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, selalu dia akan menghabiskan masa menonton filem di penstriman Netflix bagi menghilangkan ‘stress’ serta mahu pelajari cara menghayati watak.
Saya single, tolong carikan girlfriend seorang. Saya kalau balik rumah, saya akan relaks duduk di atas sofa tonton Netflix.
View this post on Instagram
Lakukan aktiviti bersama Challo
Bukan hanya itu, aktor tersebut memaklumkan dia juga kini sering menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti riadah seperti bola sepak dan berlari bersama kumpulan anak muda dikenali sebagai Challo.
Terima kasih kepada Challo kerana memberi inspirasi kepada anak muda untuk menjalani kehidupan lebih baik.
Sebelum ini, nama Amir hangat diperkata ramai selepas seorang wanita memuat naik foto ‘mesra’ bersama di platform media sosial dengan mengatakan dirinya merupakan kekasih pelakon terbabit.
The post “Saya Single, Tolong Carikan GF Sorang..” – Amir Ahnaf Akui Banyak Luangkan Masa Di Rumah Tonton Netflix first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments