#Hiburan: “Dia Faham Emosi Isteri..” – Pernah Bercerai & Rujuk Semula, Netizen Minta Para Suami Contohi Usaha Farid Kamil

Boleh dikatakan sejak kebelakangan ini, kecoh beberapa pasangan selebriti popular membuat keputusan untuk mengakhiri perkahwinan yang dibina bertahun-tahun.

Kaum lelaki patut contohi Farid Kamil

Perpisahan yang paling memberi kesan buat orang ramai adalah pasangan pelakon, Fattah Amin dan Fazura yang berlaku, baru-baru ini.

Advertisement

Susulan kes perceraian itu, orang ramai menasihati Fattah dan kaum lelaki yang bergelar suami untuk mencontohi pelakon, Farid Kamil yang kekal mempertahankan rumah tangganya bersama Diana Danielle biarpun isteri pernah menuntut untuk bercerai.

Imbau kembali usaha Farid menyelamatkan rumah tangganya

Dapat dilihat di platform TikTok, netizen mengimbau kembali momen ketika kes perceraian antara Farid dan Diana yang berpisah untuk sementara waktu pada 10 Ogos tahun lalu.

Dalam hantaran yang dimuat naik, jelas usaha Farid mahu memikat semula hati isterinya dengan membawa sejambak bunga ros dan sebentuk cincin sewaktu menghadirkan diri ke Mahkamah Syariah Subang Bestari.

Usaha yang dipaparkan oleh aktor dan juga pengarah hebat itu sememangnya dikagumi oleh netizen kerana sanggup menurunkan ego demi menyelamatkan rumah tangganya.

komen

Diana danielle farid
10 months ago

"Apa Keperluannya?" - Diana Danielle Dedah Belum Daftar Pengesahan Rujuk Dengan Farid Kamil

The post “Dia Faham Emosi Isteri..” – Pernah Bercerai & Rujuk Semula, Netizen Minta Para Suami Contohi Usaha Farid Kamil first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments