#Hiburan: Tak Beri Nafkah Sepanjang Perkahwinan, Berlaku Curang Dan Tidak Pernah Pertahan Dirinya Punca Nur Fazura Dan Fattah Bercerai

Hari ini merupakan hari menyedihkan buat pasangan Nur Fazura dan Fattah Amin kerana kedua-duanya sah bercerai talak satu setelah 7 tahun hidup berumah tangga.

Fazura yang memakai baju merah jambu cari yang ditemui media usai prosiding kelihatan menangis dan tidak dapat menahan sebak susulan keputusan yang dilakukan bersama-sama Fattah itu.

Advertisement

Dalam sidang media itu, peguam mewakili Fazura memaklumkan mengenai nafkah idah dan juga nafkah anak telah dipersetujui Fattah manakala untuk hak penjagaan anak pula akan difailkan kemudian.

Mengulas lanjut mengenai punca perceraian, Fazura memaklumkan antara sebabnya ialah Fattah berlaku curang dan tidak memberikan nafkah sewajarnya setelah sekian lama kepada Fazura dan anak.

Ujar Fazura, mental dan emosinya juga terjejas gara-gara dilayan seperti itu sepanjang perkahwinan dan Fattah juga didakwa tidak mempertahankan dirinya ketika sesuatu isu dan fitnah dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

Katanya lagi, dia sudah sengsara bertahun-tahun dan mula reda dengan apa yang ditakdirkan untuknya.

Fazura walau bagaimanapun kecewa dengan Fattah yang mengambil kesempatan terhadap dirinya setelah banyak berkorban namun masih menghormati keluarga mentuanya.

Terdahulu, Fazura telah memfailkan perceraian terhadap Fattah pada 13 September lalu.

Ketika prosiding pertama, Fattah enggan menceraikan Fazura dan prosiding kedua berlangsung pada hari ini yang menyaksikan kedua-duanya berpisah secara baik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fazura fattah cerai
2 hours ago

7 Tahun Bersama Sebagai Suami Isteri, Fattah Amin & Nur Fazura Bercerai Talak Satu

The post Tak Beri Nafkah Sepanjang Perkahwinan, Berlaku Curang Dan Tidak Pernah Pertahan Dirinya Punca Nur Fazura Dan Fattah Bercerai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments