#Hiburan: “Ina Dah Saya Anggap Macam Adik” – Isman Hijjaz Nafi Bakal Nikahi Ina Naim

Salah seorang anggota kumpulan Hijjaz, Isman Nadim tampil menafikan spekulasi yang mengatakan dia bakal menikahi balu Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim tidak lama sahaja lagi.

Demi Allah, saya tak tahu (Ina akan kahwin). Serius saya memang tak tahu. Tiba-tiba nama saya pula dikaitkan.

Jelas Isman, dia amat terkejut apabila mendengarkan dakwaan itu kerana menganggap Ina sebagai adik sendiri.

Saya amat terkejut dengan cerita ini. Tak tahu dan tak ada kena mengena dengan saya (cerita perkahwinan). Ina pun dah saya anggap macam adik. Demi Allah, individu itu bukan saya. Saya langsung tak tahu fasal benda ini.

Memang saya baik dengan Ina, tak dapat dinafikan. Saya baik bukan dengan Ina saja, tapi rapat juga dengan kedua-dua ibu bapanya. Malah, keluarga saya sendiri pun baik dengan Ina.

Kata Isman lagi, meskipun mempunyai hubungan baik dengan Ina dan ahli keluarganya, tidak perlu untuk mengaitkan namanya dengan wanita itu kerana merasakan kurang manis memandangkan Allahyarham Suhaimi baru sahaja meninggal dunia.

@inamieofficial

#inanaim #suhaimisaad #nikah #mati #fyp?

? original sound – inanaim768 – INA NAIM

Advertisement

Terdahulu, muncul desas-desus mengatakan Ina bakal bernikah dengan seorang jejaka yang berstatus penyanyi nasyid apabila kad jemputan telah diedarkan di kampung In di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

Ina sebelum ini berkahwin dengan penyanyi In-Team, Suhaimi Saad pada November 2007 sebelum berpisah mati setelah penyanyi itu meninggal dunia pada November 2023 akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Hasil perkongsian hidup, Ina dan arwah Suhaimi dikurniakan empat orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 days ago

“Semua Orang Tak Lepas Daripada Melakukan Kesalahan..” - Ina Naim Harap Netizen Jadikan Kisah Fattah Dan Fazura Sebagai Pengajaran

The post “Ina Dah Saya Anggap Macam Adik” – Isman Hijjaz Nafi Bakal Nikahi Ina Naim first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments