Bekas banduan pembunuhan tragis kerat 8, Khairul Anuar atau lebih dikenali sebagai Abah Hayat tampil mempertahankan niatnya untuk memberikan kesedaran dan kebaikan di media sosial meskipun dikecam segelintir netizen baru-baru ini.
Difahamkan, sehingga kini, akaun TikTok Khairul telah mencapai 35,000 pengikut setelah dia aktif berkongsi cerita dan pengalamannya di platform media sosial itu.
Dia yang selesai menjalani hukuman penjara selama 23 tahun 4 bulan dilaporkan mendapat pengampunan daripada pihak Tuanku Sultan Kedah di mana banduan akhir sepertinya ditukar kepada banduan hayat.
Khairul menerusi satu hantaran video terbaru berkata dia amat menyesali perbuatan jenayah yang dilakukan 23 tahun lalu itu.
Kalau orang menilai abah kerana buat benda ni (jenayah) dulu, apa yang boleh dibuat? Ia sudah berlalu, kita tidak boleh tarik balik, sudah jadi sejarah. Sekarang ini dan esok adalah harapan. Jangan jadi cacing kepanasan bila orang komen negatif.
23 tahun dalam penjara mengajar abah untuk menyerap tekanan ini. Abah berterima kasih kepada yang komen positif dan negatif. Paling penting kita tahu arah tujuan sekarang ini kearah kebaikan.
Menjengah ke ruangan komen hantaran itu, ramai yang menyambut baik hasrat Khairul yang ingin berkongsi pengalaman hitamnya sebagai satu bentuk iktibar namun ada juga yang mempertikai niat lelaki berusia 64 tahun itu.
Sebelum ini, Khairul dikritik warga maya gara-gara tindakannya meletakkan biodata pengenalan diri TikTok bertulis ‘Kes Pembunuhan Kerat 8’ yang dianggap tidak sensitif kepada keluarga mangsa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Jangan Jadi Cacing Kepanasan..” – Bekas Banduan Kerat Lapan Enggan Peduli Kecaman, Tetap Mahu Sebar Kebaikan Di TikTok first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments