Memuat naik sebuah video nyanyian berbentuk sindiran di Instagram Story miliknya, pelakon Ammar Alfian dilihat bertindak menukar lirik lagu nyanyian asal Hush Little Baby yang kedengaran seperti memberi amaran kepada seseorang untuk berhenti daripada terus mencari masalah dengannya.
Menerusi video tersebut, beliau seakan menyifatkan individu berkenaan seperti anjing yang kuat menyalak.
“You have been telling lies. Don’t mess up with this big guy (Kamu asyik bercerita perkara yang tidak benar. Jangan cari pasal dengan saya).”
Bagaimanapun, dirinya seolah memberi gambaran bahawa beliau langsung sedikit pun tidak terkesan dengan tindakan individu tersebut.
“Bi*ches bark loud, while lion, stay calm and be ready to pounce. Keep on barking..bi*ch (Bi*ches hanya kuat menyalak, tapi singa kekal tenang dan bersedia untuk menerkam. Teruskan menyalak).”
Meskipun tidak menyebut nama sesiapa, namun video tersebut dikatakan ditujukan buat isterinya, Nelissa Nezam yang kini menuntut perceraian daripadanya.
Lebih perit, Ammar tampil berkongsi beberapa paparan mesej yang diterima daripada pengikutnya yang memberikan respons terhadap video tersebut.
Sindiran ini timbul mungkin disebabkan kenyataan isterinya kepada media berhubung masalah rumah tangga mereka.
Terdahulu, Ammar dan pasangan dikhabarkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi proses pelantikan hakam selepas Ammar menolak permohonan cerai yang dibuat isterinya awal tahun ini.
Malah, Nelissa menyifatkan suaminya itu tidak mahu memberikan kerjasama selain cuba melengah-lengahkan proses perceraian tersebut.
Untuk rekod, Ammar dan Nelissa telah mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu dikurniakan seorang anak, Kyro Shakur.
Hubungan mereka mulai dikatakan semakin retak apabila Ammar didakwa menjalinkan hubungan sulit ketika isterinya sedang hamil enam bulan.
Sumber; Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments