#Hiburan: Kongsi Pengalaman ‘Tempias’ Mengidam Kehamilan Isterinya Nur Fazura, “Saya Kini Hari-Hari Nak Makan Makanan Manis..”- Fattah Amin

Pelakon cantik, Nur Fazura yang kini sarat hamil lima bulan sentiasa mencuri perhatian peminat kerana dia kini tampak lebih menawan dek seri ibu mengandung. Suaminya yang juga pelakon popular, Fattah Amin nampaknya turut mendapat tempias ibu mengandung apabila mula mengidam dan mengalami perubahan selera makan.

Berkongsi pengalaman sepanjang isterinya berbadan dua,Fattah berkata dia tidak mengalami alahan yang teruk namun mengidam untuk makan makanan yang manis hampir setiap hari.

View this post on Instagram

?

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

“Masa usia kandungan Fazura memasuki bulan ke-5, saya ada alami sikit perubahan. Saya tahu ada orang cakap, kalau isteri tak alami alahan, mungkin kena pada suami. Namun apa yang saya alami tak lah teruk, saya cuma bertambah selera makan dan mahu makan makanan manis hampir setiap hari,”

Fattah juga berkata dia tidak sedar tubuh badannya telah mengalami perubahan iaitu lebih ‘besar’ daripada biasa terutama di bahagian muka hanya setelah dia memasuki set untuk menjalani penggambaran drama.

View this post on Instagram

Nak balik kampung ke tak ni jalan jem hehe ?

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

 Perkembangan terkini, Fattah Amin turut meluahkan rasa keterujaan dan gementar untuk menyambut cahaya mata pertamanya yang dijangka bakal lahir pada bulan Oktober nanti.

“Saya rasa teruja dan pada masa yang sama gementar kerana ini pengalaman pertama saya menyambut kelahiran cahaya mata. Saya harap peminat di luar sana mendoakan agar segala urusan saya dan Fazura dipermudahkan urusan oleh Allah S.W.T” – Fattah Amin

Sumber : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments