Setelah dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah khabarnya telah dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Nur Azura Yamani pada Oktober tahun lalu, hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Datin Zzai Izzati Khairuddin.
Nampaknya, kehidupan pasangan ini bakal diserikan lagi dengan rezeki anak apabila Zai Izzati dikhabarkan kini sedang berbadan dua.
Datuk Jamal yang ditemui baru-baru ini turut berkongsi jantina anak yang bakal lahir tidak lama lagi malah dia juga telah mendedahkan nama bayi yang bakal ditimangnya nanti.
View this post on Instagram
“Alhamdullilah, saya bakal menimang cahaya mata lelaki. Saya dan isteri sudah pun memilih nama untuknya. Kami sukakan nama El Isaac Yamani yang diambil sempena nama Nabi Ishak. Cuma ejaan saya ubah. Selain daripada itu, saya pilih nama itu sebab nak ada sebutan ‘Zek’ yang juga nama karakter saya dala filem Azura,”
Ketika ditanyakan mengenai perubahan hidup selepas mempunyai anak kecil, menurut penyanyi bervokal mantap ini masanya kini banyak terluang dengan anak berbanding sebelum ini meskipun mempunyai pembantu di rumah.
View this post on Instagram
Jamal turut memberitahu yang isterinya itu ketika ini sedang sarat hamil enam bulan dan kini bergilir-gilir bersama Zai Izzati dalam urusan mengasuh anak dan sebagainya.
Perkembangan terkini, Jamal Abdillah kini sedang memberi sokongan padu terhadap anak sulungnya, Osama Yamani yang menggunakan nama Yamani Abdillah dalam penyertaan program realiti Big Stage yang baru sahaja memulakan konsert pertama, semalam.
Menurutnya, dia sudah pasti menaruh harapan besar terhadap kejayaan anaknya dan sempat menitipkan pesanan berguna kepada Yamani terutamanya dari segi persembahan dan penyampaian lagu.
“Kalau itu yang dimahukan, kena buat betul-betul. Dia (Yamani) perlu tahu perbezaan antara membuat persembahan dengan pertandingan. Jangan terlalu teruja atau ghairah ketika menyanyi,”
Datuk Jamal Abdillah yang digelar Raja Pop di Malaysia turut memberitahu mengenai perancangan Konsert 40 Tahun Persada Seni Jamal Abdillah anjurannya yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat lalu selama tiga hari kini terpaksa ditangguhkan akibat penularan wabak pandemik COVID-19.
Mengakhiri temubual, menurut Jamal, projek meganya itu terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditentukan namun dia sama sekali tidak terkilan kerana ianya bersangkut paut dengan soal keselamatan, nyawa dan kesihatan orang ramai di luar sana.
Sumber : Berita Harian Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments